weblog.marhaen.info

  • Besarkan saiz font
  • Saiz font 'default'
  • Kecilkan saiz font
Muka Depan Pelbagai Artikel Menarik Bank Islam guna khidmat along samseng berlesen?

Bank Islam guna khidmat along samseng berlesen?

E-mel Print PDF

Weblog M@RHAEN menerima cadangan daripada pembaca agar weblog ini menyediakan ruangan yang melibatkan komuniti dan kepentingan marhaen untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan panduan.

Sebagai permulaan, pembaca berkenaan ingin berkongsi pengalaman sebagai pelanggan kad kredit sebuah institusi perbankan yang pada pandangan dan pengalaman beliau, perkara ini patut disampaikan kepada para pembaca, sebagai panduan sebelum berurusan dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Maklumat berkaitan yang ditemui melalui carian Google juga akan turut dimuatkan dan para pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama juga dialu-alukan berkongsi pengalaman anda. Emelkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pengguna 1:

KISAH KEKEJAMAN PENUNTUT HUTANG BANK ISLAM

Saudara Pengarang,

Saya seorang penganggur yang berusia lewat 30 tahun yang sukar mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan. Saya sudah pun tidak mempunyai pekerjaan tetap hampir 3 tahun dan tinggal di Lembah Kelang.

Boleh dikatakan pernah mempunyai pendapatan sehingga RM6000 sebulan sebelum menganggur tetapi sekarang sudah hampir 3 tahun menjadi warga kota mudah miskin dengan pendapatan bulanan puratanya tidak mencapai RM700. Memang sukar sekali dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga.

Saya terbaca satu surat yang pernah tersiar mengenai seorang lelaki yang menganggur juga yang didakwa dizalimi oleh sebuah bank berjenama Islam iaitu Bank Islam Bhd. Saya ingin memberitahu semua bahawa saya juga dalam beberapa bulan ini menjadi mangsa kepada bank yang hanya membuatkan pinjaman secara Islam tetapi apabila klien mereka sukar membuat bayaran bulanan, klien akan diperlakukan seperti masyarakat Quraisy dan Yahudi. Mungkin lebih teruk daripada Quraisy dan Yahudi jika difikirkan. Saya mengaku sememangnya Bank Islam Bhd adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Seperti yang cakapkan sebelum ini sejak ekonomi negara tenat pada tahun 2007, saya juga kehilangan pekerjaan tetap. Terpaksa berhenti daripada sambung pengajian dengan wang sendiri di sebuah IPT tempatan untuk PhD dan bekerja di stesen minyak dan kedai serbaguna 7-Eleven. Jika dulu-dulu kita mengetahui bahawa Mat-mat Bangla yang bekerja di tempat-tempat ini adalah mereka yang punyai Ijazah dan Masters dari Bangladesh tetapi sekarang saya akui saya sendiri pula malang di negara sendiri.

Berbalik kepada masalah kad Bank Islam saya. Bank Islam tidak menggunakan perkataan kad ’kredit’ pada kad mereka kerana kononnya tidak berlandas syarak. Walaupun tiada nama ’kredit’ sekali pun, cara mereka menagih hutang adalah kejam dan tidak bertanggungjawab. Saya walaupun sudah tidak bekerja tetap selama tiga tahun sejak 2007 tetapi berusaha membayar kad kredit Bank Islam ini setiap bulan. Hanya pada bulan Mac yang lepas sehinggalah 3 bulan saya gagal membayar minimum kerana keadaan kewangan yang terlalu nazak, akhirnya pihak Bank Islam menggunakan perkhidmatan along berlesen ataupun agensi pengutip hutang bagi menghubungi saya.

Namun demikian, walaupun saya terlewat membayar untuk 2 bulan pun, Bank Islam telah menghantar kes yang lewat 2 bulan itu kepada peguam mereka. Dan peguam mereka dengan menghantar satu surat notis telah menambahkan hutang saya sebanyak RM20 semata-mata untuk surat notis peguam tersebut. Sudahlah susah hendak membayar hutang minimum payment tetapi ditambah pula dengan RM20 kos notis guaman. Sebelum menghantar notis itu, tidak pula ada sesiapapun di bahagian kutipan Bank Islam menelefon terlebih dahulu. Nampak sangat Bank Islam ini tidak peka dengan masalah pelanggannya secara individu. Mereka hanya mementingkan kutipan hutang sahaja.

Seperti yang pernah pengadu menulis ke KL-Today.com dulu, saya akui bahawa agensi-agensi pengutip hutang ini memang hampir setiap hari menelefon menekan dan mengugut saya untuk saya bayar. Saya ingin terangkan di sini. Pihak bank perlu tahu ada dua golongan yang tidak membayar hutang. Golongan pertama adalah mereka yang ada duit tetapi sudah menjadi sikap tidak suka membayar hutang. Golongan kedua pula ialah mereka yang tidak membayar hutang kerana memang tidak ada duit. Oleh itu, saya sememangnya golongan yang kedua. Saya tidak suka pun tabiat tidak membayar hutang, tetapi sebab tiadanya wang lebihan, bagaimanakah hendak saya membayar hutang?

Pada 21hb Jun 2010, seorang agen pengutip hutang mereka telah mengugut saya dengan menghantar SMS dengan mengatakan akan menghantar surat sama kepada Ketua Jabatan saya kononnya untuk proceed dengan Perintah Bab D Tatatertib jika saya belum lagi buat bayaran. Benda inilah yang membuat saya naik radang kerana cubaan mereka hendak mendedahkan masalah kita kepada orang lain atau orang ketiga yang tidak ada kena-mengena langsung. Undang-undang negara dah jelas, kena ikut aturannya jika bank hendak mengutip hutang. Cara mereka ini adalah untuk mengaibkan kita. Ini adalah cara Along..sesungguhnya macam Along yang menampalkan poster si penghutang merata-rata..tetapi cara nak hubungi Ketua Jabatan kononnya lebih profesional yang dihalalkan oleh undang-undang?

Saya pun terus menelefon penghantar SMS berkenaan. Saya bertanya namanya tetapi tidak menjawab. Dari segi pertuturannya seperti perempuan India. Dia berkata kepada saya ’no money,no talk’. Saya memarahinya kerana membuat ugutan yang salah di sisi undang-undang. Dia menjawab balik pihak Bank Islam tidak kisah cara apa sekali pun mereka (agensi kutipan hutang) gunakan asalkan dapat wang tersebut daripada pelanggan. Nampak sangat Bank Islam menghalalkan cara kekejaman begini. Bila mereka sendiri iaitu Bank Islam tidak boleh buat yang menyalahi Islam kononnya, mereka gunakan orang luar untuk lakukan untuk mereka. Ini semacam Free Mason dan Illuminati punya stail. Malah perempuan ini ada berkata bahawa semata-mata hendak mengutip wang tersebut, mereka juga akan cuba menghubungi keluarga dan ibu bapa saya. Memang sudah sebiji macam ALONG!

Saya kemudiannya meminta untuk bercakap dengan superior dia dan mengambil masa juga untuk disambungkan kepada superior dia. Akhirnya, superior dia yang bernama Robert bercakap dengan saya dan beliau meminta maaf. Nampaknya, si Robert- lelaki India ini bercakap agak baik walaupun nampak keras juga di dalam percakapannya. Sebagai contoh, beliau ada berkata bahawa beliau faham tentang undang-undang dan terlepas kata, ”walaupun kami pukul Encik pun, Encik kena bayar juga hutangnya.” Robert ada akui bahawa pihak bank ada menekan mereka supaya lebih agresif dan menyelesaikan masalah-masalah hutang ini. Lagi sekali, bukti Bank Islam menghalalkan kezaliman.

Saya memberitahu Robert bahawa mereka tiada hak sekali pun membabitkan orang ketiga. Saya berkata padanya bahawa saya dah lama tidak bekerja dengan syarikat tersebut dan sudah pun mengemaskinikan maklumat ini dengan Bank Islam. Tetapi agensi ini tidak menerima apa-apa kemaskini pun. Apa yang ada pada mereka adalah maklumat semasa kad itu dipohon iaitu 6 tahun yang lalu pada tahun 2004.

Akhirnya Robert bersetuju memberikan saya sehingga 30hb Jun ini untuk membuat bayaran yang diminta dan saya tidak berjanji tetapi cuba mendapatkan wang sejumlah itu untuk dibayar. Robert mendesak saya meminjam wang sesiapapun asalkan daya membayar jumlah yang dituntut. Robert berkata beliau berbuat begitu supaya kad kredit saya itu tidak terus dipotong oleh Bank. Kononnya nak menyelamatkan nasib kad saya lah. Seperti dalam surat pengadu sebelum inilah, jika dah buat bayaran, Robert suruh saya kena hubungi dia. Pada awal perbualan mereka mendakwa mereka adalah pihak Bank Islam tetapi setelah ditekan oleh saya, mereka mendakwa mereka adalah peguam bank tetapi akhirnya mengaku bahawa mereka agensi kutipan hutang.

Baiklah dengan tarikh akhir baru pada 30hb Jun ini tetapi sebaliknya yang berlaku pula selepas perjanjian saya dengan Robert. Semalam, pada 23 Jun pula, perempuan yang sama telah sms kepada saya mengugut saya lagi dengan menyuruh saya bayar dahulu sebahagian tuntutan bayaran yang diminta pada tarikh ini. Sekali lagi dalam sms itu mengugut untuk dibawa kepada Ketua Jabatan. Kali ini saya tidak endahkan walaupun ada panggilan telefon daripada mereka.

Dan hari ini, satu lagi sms dihantar tengah hari tadi mengarahkan bayaran sebahagian itu sebelum esok 25 Jun. Kali ini dalam sms dia terkeluar nama perempuan India itu sebagai Thavamalar. Selepas beberapa jam menerima sms itu, perempuan itu menelefon saya dan bertanya pula sama ada saya sudah masukkan bayaran itu hari ini! Apa ceritanya di sini..Sudahlah sms suruh masukkan bayaran itu esok tetapi hari ini pula telefon suruh masukkan. Saya terus letak telefon tak tahan dengan tekanan ini.

Nombor telefon bimbit yang menghantar SMS itu ialah 019-4904078, 0172340106 dan 010-2084035 manakala nombor telefon pejabat operasi pula selalunya Private Number tetapi ada juga nombor yang tertera iaitu 03-78730830 dan 03-78730559.

Sebagai pemegang kad kredit Bank Islam ini sejak tahun 2004, antara yang pertama memegangnya ketika dilancarkan, saya berasa kesal dengan tindakan Bank Islam yang selalu melakukan caj yang tidak logik dan berkuasa untuk menukarkan apa-apa perjanjian. Ingatkan dalam urusniaga Islam, kenalah adil dan jika sudah dipersetujui, pihak pemberi kad tidak sepatutlah menukar perjanjian ikut suka hati mereka.

Jika dulu saya memakai kad tersebut kerana keunikan cajnya yang rendah tetapi sejak tahun 2008 mereka banyak mengubah isi-isi perjanjian. Ada saja terma-terma terselindung yang digunakan mereka. Untuk makluman pembaca, di dalam konsep pembiayaan ini ada konsep Tawidh ataupun ganti rugi jika pengguna gagal membayar minimum payment pada tarikh yang ditetapkan. Jika dulunya caj tawidh ini hanyalah RM5 maksimum jika terlewat bayar mengikut perjanjian asal tetapi caj tersebut telah dirombak menjadi 5% daripada jumlah tertunggak dan RM5 adalah minimumnya. Jika tertunggak adalah RM5,000 maka caj tawidh adalah RM25. Difahamkan wang tawidh akan diberikan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim dan kebajikan tetapi betulkah begitu? Saya mohon sesiapa yang mempunyai akses ke dalam laporan penyata kewangan Bank Islam tolonglah semak adakah mereka menyebut Tawidh sebagai jumlah berasingan? Jika tiada, maknanya dijadikan keuntungan bank semata-mata.

Bagi mereka yang sudah sukar menghadapi tekanan kewangan dalam hidup seperti saya, tambahan RM25 jika terlewat memang menyusahkan. Pertukaran caj ini berlaku dalam tahun 2008. Lihatlah bagaimana Bank Islam mengekploitasi nama baik Islam dengan menipu pengguna kad kredit mereka. Jika dulunya keistimewaannya menarik minat ramai pengguna bagi memilikinya, kali ini adalah jauh lebih teruk daripada kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank lain tak kira ikut Syariah atau tidak. Bukan itu sahaja, jika gunakan kad kredit bank Islam ini, tiada pula kelebihan mengumpul points dan program diskaun hebat macam kad-kad kredit ternama yang lain.

Saya kesal mengenali Bank Islam Bhd. Saya menggesa supaya orang ramai menolak dan tidak menggunakan kad tersebut kerana sudah banyak masalah yang timbul dengan Bank tersebut yang hanya tampil sebagai Islam sahaja tetapi tidak di dalam pengisiannya. Selagi hayat saya panjang, saya akan terus berkempen supaya pengguna menghindari produk Bank Islam sehingga pihak kerajaan terutamanya Lembaga Tabung Haji selaku pemegang saham terbesarnya melakukan perubahan yang mengindahkan semula perkhidmatan Islamnya.

Jika tidak, wang simpanan oleh penyimpan Islam di dalam Tabung Haji yang hendak mengerjakan haji mungkin tercemar kerana hasil Tabung Haji yang diagih dari keuntungan Bank Islam daripada sumber-sumber menekan orang Islam yang lain akan dilaknat Allah dan haji yang dilakukan dengan wang Tabung Haji nescaya tidak bersih.

Bagi para pengguna, banyak bank lain lagi yang menyediakan produk yang lebih Islamik kepada rakyat Malaysia. Mungkin dah sampai masanya pintu masuk Bank Islam diletakkan sticker ’HALAL’ oleh JAKIM jika memang HALAL!

Saya bukannya tidak mahu membayar hutang tetapi akan membayar sekali pun dengan interest jika saya ada wang lebihan. Saya pun bukannya suka berhutang. Tetapi sekarang ini saya tidak mampu biarpun RM20 setiap bulan. Tetapi dengan cara Yahudi begini, lagi muak dengan tekanan mereka. Mungkin berita dulu pernah ada dalam berita yang mati kena heart attack kerana diganggu panggilan dan sms bank dan agennya, mungkinkah angkara Bank Islam!

Nasihat saya, janganlah buat loan atau memohon kad kredit dengan Bank Islam sebab cara dia orang tuntut memang macam samseng, tetepi terpulang pada judgement masing2.... Kalau anda memiliki Kad Kredit Bank Islam, dinasihatkan agar melakukan pemindahan kredit dan bertukar kepada bank lain. Nasihat saya adalah berdasarkan pengalaman yang saya alami sendiri..

- Siti Salmah (pertama kali disiarkan di Forum mesra.net)

 

Pengguna 2:

Berhutang Kad Kredit dengan Bank Islam (M) Berhad

"Saya telah berhenti kerja dan tak mampu nak bayar hutang2 yang masih tertunggak.Ada hutang rumah,peribadi,kereta,dan .....Pendapatan saya hanya bergantung kepada berniaga tepi jalan dan dapat le 1.7K sebulan. Itupun kalau cuaca baik, kalau tidak ..parah. Nak tanggung anak bini, hutang keliling pinggang, anak nak sekolah pulak tu. Sebenornye saye nak cerita macamane kejam nye Bank Islam.

Mungkin boleh diberi nama 'Bank Ah Long Islam'.

Hutang kad kredit saya sebanyak 10K dan telah banyak kali saya beritahu tak mampu nak bayar minimum dan kalau boleh diringankan jumlah bayaran.Tapi jawapan yang diterima - mesti bayar secukupnya dan tiada alasan. Cuba bayangkan saya kais pagi makan pagi saja.Kalau tak bayar tindakan undang2 akan dikenakan.Saya sebelum tu telah berjumpa dengan pegawai Bank Rakyat dan berbincang, mereka memberi kelonggaran dengan bayaran RM100 sahaja daripada RM800 sebulan sebelum itu.

Saya sangat2 terhutang budi kepada Bank Rakyat.

Berbalik kepada cerita Bank Islam tadi, setelah 2 bulan tak bayar minimum ( bayar setakat mampu saja), lawyer BIMB pulak call - kalau tak bayar kena tindakan mahkamah dan bayaran lawyer RM1700 dikenakan dan akhirnya barang2 akan di SITA. Ini betul2 gila punya Bank Islam .Saya sungguh kecewa dengan Bank ni.

Nasihat saya kepada semua supaya elak diri dari menggunakan Card Credit BIMB, kerana masa depan kita tak pasti, mungkin jadi seperti saya.

Saya syorkan buat le pinjaman dengan Bank Rakyat, kita majukan bank ini. Jangan harapkan nama saja Islam tapi kejam. InsyAllah saya akan keluarkan duit simpanan anak2 dalam BIMB dan pindahkan ke BR. Jika ada saudara mara atau kawan2 saya akan syorkan BR, elakan BIMB. Kalau ada kawan2 yang boleh bantu saya tentang kes card kredit ni boleh bagi idea.

 

Pengguna 3:

A'kum...saya nak share pengalaman saya menggunakan kad kredit... saya mempunyai kad kredit BSN, MaYBank & Bank Islam.. dulu hidup kami xlah senang sgt tapi bab hutang mmg senang bayar...tapi satu masa tu ayah sakit tenat n bisnes kami problem..sgt2 problem..byk hutang terpaksa dibayar perlahan2...berkenaan dgn kad kredit..saya sgt sangat kecewa dengan kad kredit bank islam..kalo dibandingkan dgn KK Mybank n BSN sangat jauh bezanya. Bank islam langsung xda toleransi..padahal saya hanya lewat membayar 1 bulan..

agensi wakil BIMB menelefon kmdian memaksa membayar dgn jumlah yg besar bg saya, kalo ckp lemah lembut tak pe..ini tidak..suara kasar smacam...mcm ALONG...saya tahu saya berhutang tetapi adakah kamu setuju mereka menagih hutang sedemikian rupa...sehingga berkata rumah hendak disitah, bercakap dengan suara yang kasar dan tinggi?

dan yang menghairankan..kata KK BIMB xda interest..tp lewat bayar punyalah banyak profit cas nya...saya x pernah jumpa kad kredit macam ni...saya pernah 3 bulan x membayar kk Mybank tetapi interest x naik macam tu pun...bukan semua org yg x dapat membayar hutang dengan baik adalah org yg boros atau lupa tanggungjawab utk membayar.. tetapi kalo anda ditempat saya anda tahulah macamana...

Kerana terpaksa menanggung beban keluarga selepas ayah meninggal saya sanggup x bergaji hanya utk membayar hutang keluarga...last2 saya sanggup loan bank muamalat untk menutup semua kad kredit saya...skrg cuma berhutang dgn 1 bank sahaja...xpe la yg penting sekarang xda agensi dari wakil BIMB yang sangat2 menggeramkan hati saya....

ingat kepada rakan2...jangan ambik kad kredit BIMB.. mana tau 1 masa kamu ada kesusahan yg x dpt dielakkan..agensi BIMB tu xda perasaan pun...BIMB xda penjadualan semula kad kredit...so xda peluang nak byr sikit2...

- Nurull33


Pengguna 4: Pengalaman Membeli Rumah dengan Pinjaman Cara Along Bank Islam

Pengalaman saya dengan BIMB tidak berkenaan dengan kad kredit tapi pinjaman perumahan.

Pada tahun 1996, saya telah membeli sebuah rumah dan menggunakan pinjaman BIMB. Harga rumah pada masa itu bernilai RM86000.00 dan BIMB telah menjual rumah itu kepada saya pada nilai 215000.00 dengan mengambil kira nilai selepas 25 tahun.

Di sini saya akui, kerana kegopohan ingin memiliki rumah pertama, saya tidak langsung berusaha untuk melakukan 'survey' dengan bank-bank yg lain. Tetapi setelah beberapa bulan, seorang saudara saya bertanya jumlah ansuran bulanan yg perlu saya bayar dan dia terkejut kerana baginya terlalu mahal berbanding dengan bank-bank konvesional yang lain.

Ok lah, itu kesilapan saya. Namun pada tahun 1998, ekonomi meleset dan saya juga mengalami masaalah dalam perniagaan dan telah gagal untuk membayar ansuran bulanan untuk beberapa bulan.

Dan apa yang saya rasa sakit hati adalah cara staf BIMB yang menelefon saya dengan cara yang sangat tak beradab. Dengan cara yang amat kasar tanpa memberi salam terus menengking 'Ni hutang bila nak bayar!'.

Saya terkejut dengan cara percakapan staf BIMB itu. Seorang perempuan melayu beragama islam tapi tidak punya adab dan susila. Harap tudung je labuh tapi budi bahasa lebih dari along.

Semenjak dari itu, setelah berjaya membuat bayaran tunggakan, saya terus menukar pinjaman rumah saya itu dengan bank yg lain yang mana setiap bulan saya dapat menjimatkan sekitar RM300 sebulan!. Walaupun bank yg baru ini ada caj BLR namun tidaklah membebankan dan hutang yang perlu bayar hanya sekitar RM180,000.00 selepas tamat perjanjian.

Lihat bagaimana nama Islam di gunakan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Sejak dari itu, saya bertekad untuk tidak lagi berurusan dengan BIMB .

- Nizam (Emel diterima pada: 13 Mei 2011 8:57 PM)


Pengguna 5:

Tuan,
Saya pernah menggunakan kad kredit bank islam, sekarang tidak lagi.
Apa yang saya TERAMAT-AMAT MARAH ialah kesalahan yang dibuat pihak bank tapi saya yang menanggungnya (kena charge tidak bayar). Saya tiap2 bulan menjelaskan hutang tapi pada satu bulan saya dikatakan tidak membuat pembayaran. Apa yang menghairankan bayaran bulan berkenaan direkod "reverse". Puas saya tanya kenapa malah pergi ke cawangan bank, namun tiada jawapan.
Hampir 6 bulan saya kena charge tidak bayar untuk bulan tersebut. Akhirnya saya menamatkan penggunaan kad tersebut dengan membayar kesemua hutang yang ada termasuk charge yang tak sepatutnya. Apa yang berlaku saya diberitahu pada bulan sebelum bulan yang dikatakan saya tidak membuat pembayaran, pihak bank telah merekodkan 2 kali pembayaran. Untuk menutup kesalahan bank telah membuat reverse ke atas bayaran saya itu.
BANK ISLAM ke BANK AMBULAN (Emel diterima pada: 17 Mei 2011 10:19 PM)

Surat bantahan berkaitan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD:

 

Kegiatan Along Berlesen Bank Islam yang mengugut peminjam dengan Faks, Telegram, SMS serta panggilan-panggilan telefon dengan bahasa kasar.  Tunggu.........

TINDAKAN AWAL:

Kepada anda yang telah membaca artikel ini, pada masa depan jika ada mana-mana wakil / agen / kakitangan BANK ISLAM datang ke tempat kerja / pejabat / sekolah / kilang untuk melakukan promosi - HALAUKAN SAJA MEREKA KELUAR! Jika boleh, TAMPALKAN artikel ini di Papan Kenyataan Umum demi melindungi hak pengguna.

SEKIRANYA ANDA BERHADAPAN DENGAN MASALAH PEMBAYARAN - BANK ISLAM AKAN MENGAIB DAN MENJATUHKAN MARUAH ANDA DENGAN PELBAGAI CARA!

 


Khidmat Kaunseling Kewangan:

 

 

Aduan juga boleh dibuat kepada
: Tiada siapa yang sengaja mencari masalah namun jangan layan peminjam (defaulter) seperti PENJENAYAH!


This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


CATATAN: Jika artikel ini bermanfaat, sila SHARE/KONGSI di Facebook masing-masing supaya ia dapat dibaca oleh seberapa ramai pembaca / pengguna / pelanggan Bank Islam. SAMSENG ADA DI MANA-MANA hatta di BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD.

 

 

Sekali lagi dipelawa para pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama juga dialu-alukan berkongsi pengalaman anda.
Emelkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

MAKLUMAN:
Kepada anda yang sukar mengakses weblog melalui http://blog.marhaen.info atau yang ingin menerima info/artikel terkini, sila sertai Open Group FaceBook Weblog M@RHAEN .

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

 

KEMBALI KE MUKA DEPAN


Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 
Total Views: 3397

Pertanyaan & Iklan: marhaen@gmail.com

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK KONDO LEMBU

DAFTARLAH - UNDILAH !


IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


TETAMU M@RHAEN

Ketika ini 78 tetamu sedang melayari Blog M@RHAEN.

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

SiteMeter

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com