weblog.marhaen.info

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Muka Depan Artikel M@rhaen Najib janji bagi tanah kpd tentera Sulu

Najib janji bagi tanah kpd tentera Sulu

E-mail Print PDF

Najib perlu dedah isi perjanjian beri tanah kepada tentera Sulu

KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan tanah milik Sabah.

Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga  mengancam keselamatan rakyat Sabah.

Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nur Misuari sebelum dipetik media Filipina.

“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation (screen-shot dan pautan, di bawah), Nur Misuari mendapat tahu kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji daripada Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan Suara Keadilan.

Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.

“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.

“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.

“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.

- Suara Keadilan Daily

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46654


Source: http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UTiUo1eU-OI


Foto FaceBook: Esmail D. Kiram II


Kepada pengunjung yang mempunyai akaun PayPal - sokongan & sumbangan anda walaupun sekecil USD1 amat-amat diperlukan untuk menampung pembayaran bulanan sewaan server ... ALHAMDULILLAH, sudah ada yang insan yang dirahmati Allah melakukan sumbangan / infak kepada tabung PayPal ini. Jazakallah...


Pada 06.03.2013 infak Hamba Allah sebanyak RM155.80 diterima melalui Inter Bank Giro. Jazakallah. 01.03.2013 dan 03.03.2013 sebanyak RM82.07 telah diinfakkan oleh dua orang Hamba Allah. Jazakallah.. (Cer baca: Kerana Sedekah Sekupang)

Tabung Kendalian Weblog amat memerlukan sumbangan/infak anda menjelang PRU-13 ini. Mungkin inilah satu-satunya webmaster/blogger yg tak pernah mampu memiliki sebarang peranti android / tablet / i-pad dan yg sewaktu dengannya, sepanjang lebih 12 tahun mengendalikan kerja ini secara sukarela. Rosmah, jangan dok gelak naaa....

Kpd yg ingin melakukan infak: Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .


::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::



Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!

SEBARKAN:
SENARAI SEMAK PENYELEWENGAN DAN PEMBAZIRAN KERAJAAN UMNO/BN

 

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


RUMAH KU KINI RUMAH MU WAJIB SOKONG UMNO YANG ZALIM? 1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK DAFTARLAH - UNDILAH !

IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


PENDAPAT ANDA

Pembangkang jangan wujudkan huru-hara selepas PRU-13
 

TETAMU M@RHAEN

We have 55 guests online

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK KOMEN DI FB 100PLUS


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com