Perlukah TS Khalid membubarkan DUN Selangor tergesa-gesa?
Tan Sri Khalid Ibrahim. Menteri Besar Selangor mahu berbincang dengan pemimpin PKR tentang hasratnya membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Cap Goh Mei.
Kenapa terburu-buru sedangkan kita belum tahu bilakah DS Najib akan membubarkan parlimen dan mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13.
Seelok-eloknya tunggu Najib bertindak dahulu barulah Khalid mengorak langkah. Jangan tersilap langkah gara-gara nasihat orang-orang yang mungkin menjadi upahan Najib supaya Selangor mengadakan pilihan raya umum bersendirian. Ini memudahkan Barisan Nasional mencurahkan seluruh tenaga menganggotai jentera pilihan raya Selangor kerana pilihan raya parlimen sengaja dilambatkan.
Setakat ini khabarnya sudah ada lebih 43,000 (43ribu) pengundi hantu yang berdaftar untuk memangkah kertas undi dalam pilihan raya di Selangor. Kalau selepas 1 Mac Suruhanjaya Pilihan raya akan memasukkan 160,000 pengundi baru, bererti ada sekurang-kurangnya 40 peratus lagi pengundi baru untuk Selangor. Bererti ada ramai lagi pengundi hantu untuk Selangor.
Kerajaan Pakatan Rakyat, di mana juga (Selangor, Kelantan, Kedah dan P. Pinang) harus menunggu tindakan Najib untuk membubarkan parlimen dan mengisytiharkan tarikh pilihan raya sebelum membuat tindakan di peringkat negeri-negeri.
Buat masa ini kerajaan BN sedang rancak berkempen merata Negara dengan menggunakan wang rakyat. Mereka mencurahkan wang subsidi dan angpow raya. Mereka mengharapkan budi baik itu akan dibayar balik oleh rakyat dengan member kemenangan kepada BN dan Umno.
Yang peliknya, kenapa parti-parti dalam Pakatan Rakyat membiarkan sahaja gelagat BN mencurahkan wang rakyat atas nama “Janji Ditepati” tanpa mempersoalkan pembaziran yang dilakukan oleh orang-orang BN.
Kenapa tidak komen sikit kisah pemimpin UMNO, MCA dan MIC dibenarkan mengagihkan wang-wang subsidi kepada rakyat di sekolah-sekolah dan dewan-dewan masyarakat. Bukankah itu wang rakyat yang sepatutnya diagihkan oleh pemimpin komuniti sesuatu tempat tanpa melibatkan parti-parti politik??
Persoalan yang paling utama sekarang ialah, bilakah agaknya Najib akan bubarkan Parlimen?
Apakah benar dia akan membubarkan Parlimen ataupun membiarkan sahaja tarikh 28 April berlalu, di mana Parlimen akan terbubar secara automatis?
Di lubuk kalbu Najib, dia sedar tempoh beliau menjadi Perdana Menteri akan luput sebaik-baik dia membubarkan Parlimen. Dia tahu, laporan perisikan tentera yang mengatakan bahawa Umno dan BN akan kalah di merata tempat. Ini bermakna, beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri lagi.
Kita boleh lihat betapa adanya kumpulan dalam Umno yang seolah-olah sedar bahawa Umno akan kehilangan kegemilangannya selepas PRU-13.
Namun ada pula pihak yang syok sendiri meyakinkan banyak pihak bahawa Umno dan BN akan kembali berkuasa selepas PRU-13 nanti. Orang-orang ini adalah pengikut totok TKT Mahathir.
Kita dapat membaca bahawa Mahathir mengharapkan BN dan Umno akan menang dan Najib akan kecundang. Ini bagi membolehkan Muhyiddin Yassin naik menggantikan tempat Najib dan kemungkinan Mukhriz Mahathir dilantik ke jawatan Menteri kanan dalam kabinet beliau.
Sesungguhnya Mahathir memang mahu Umno terus berkuasa. Kerana kemenangan BN dan Umno sahaja yang menjamin beliau tidak diseret ke muka keadilan atas segala salah lakunya semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.
Sayang, TKT Mahathir lupa sudah ramai Presiden dan Perdana Menteri negara luar yang mencengkam kuasa semasa pemerintahannya yang berundur daripada dunia politik dan terlepas daripada cengkaman keadilan di mahkamah. Masa TKT Mahathir sudah semakin hampir melalui fenomena itu, selagi dia masih bernyawa.
Semoga TKT Mahathir dan anak-anak beliau tidak lupa akan peristiwa yang melanda Hosni Mubarak, Marcos, Suharto, Zainal Abiden Ben Ali dan ramai lagi.
Semoga Khalid Ibrahim tidak tersilap langkah dan menyusahkan rakyat Selangor dengan mengadakan pilihan raya sendiri-sendiri. Ini memandangkan tindakannya itu akan memudahkan Umno merampas kembali kuasa pemerintahan Selangor melalui pengundi hantu dan segala jentera tipu-muslihatnya.
Adalah lebih baik kalau Khalid Ibrahim mengepalai desakan rakyat yang mahukan Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan daftar pengundi yang bersih dan diguna-pakai untuk PRU-13 nanti.
- marhaintua - 27.02.2013
Berkaitan:
18.02.13 Sebanykan RM27.03 telah dinfakkan oleh Hamba Allah. Jazakallah.. (Cer baca: Kerana Sedekah Sekupang)
Tabung Kendalian Weblog amat memerlukan sumbangan/infak anda menjelang PRU-13 ini.
Kpd yg ingin melakukan infak: Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::

Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!
SEBARKAN:
SENARAI SEMAK PENYELEWENGAN DAN PEMBAZIRAN KERAJAAN UMNO/BN
http://twitter.com/#bloggerpakatan
KEMBALI KE MUKA DEPAN
| < Prev | Next > |
|---|









