weblog.marhaen.info

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Muka Depan Artikel M@rhaen 5 tahun saja jika langkah PR sumbang

5 tahun saja jika langkah PR sumbang

E-mail Print PDF

PR langkah jangan sumbang

Di Pasir Gudang Johor, ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman.

Di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Di Melaka, bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri keluar UMNO menyertai PAS, di Kedah seorang bekas menteri keluar UMNO dan menubuh parti baru, di Sabah Timbalan Menteri letak jawatan dan keluar UMNO menyertai Pakatan Rakyat PR. Dan ramai lagi sedang menanti ketika yang sesuai, untuk keluar meninggalkan UMNO.

Pilihan Raya Umum semakin hampir. UMNO semakin nazak, kuasa seakan-akan terlepas, kerakusan akan terbongkar, nasib tidak menentu, kerajaan separuh tumbang.

Apa agaknya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 ini? Apakah Malaysia akan menerima sebuah kerajaan baru yang adil dan telus yang meletakkan keutamaan membela rakyat sebagai asas mentadbir secara sama rata.

Menolak dan menghukum mereka yang melakukan rasuah dan menzalami rakyat. Membahagikan harta khazanah negara kepada yang berhak. Tidak membazir, membangun negara yang seimbang serta membela nasib rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan. Mengagihkan kekayaan negara dengan sempurna dan memerintah dengan amanah.

Tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan rakyat terbanyak dan sebuah kerajaan itu akan jatuh dengan cepatnya apabila rakyat bangkit menentang. Begitulah nampaknya keadaan yang bakal dihadapi oleh kerajaan BN kini. Rakyat sudah tidak berpihak kepada BN lagi. Rakyat sedang bangkit untuk merubah kerajaan. Hanya masa yang akan menentukan.

Yang bagusnya, rakyat Malaysia ada tatasusila, tahu adab dan bersopan-santun, sabar dan bersedia menunggu. Rakyat sedang menunggu pembubaran parlimen. Rakyat sedang menunggu tarikh mengundi dan rakyat sedang menunggu hari menyambut ketibaan kerajaan baru, kerajaan PR. Ta[i bila?

Rakyat tahu, peralihan kuasa akan berlaku dengan aman dan tenang. Rakyat tahu kuasa Melayu tidak akan mudah terhakis. Rakyat tahu bangsa lain akan menghormati bangsa Melayu dan rakyat tahu Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Dan rakyat sedang menunggu janji.

Janji kerajaan PR untuk menurunkan harga minyak serta merta. Janji menghapuskan pinjaman PTPTN. Janji gaji guru dinaikkan. Janji bekas tentera akan mendapat tanah. Janji peneroka FELDA tak payah bayar pinjaman pembelaian saham. Janji pinjaman TEKUN tidak dikenakan kadar faedah. Janji kereta tak ada duti import. Janji keadilan untuk semua dan banyak lagi janji untuk kesejahteraan rakyat.

Dalam tempoh lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13, rakyat akan dapat menilai, sekiranya janji tinggal janji, rakyat akan terus bangkit dan bangkit pada waktu itu adalah bangkit dengan kemarahan. Tentu kita tahu, apa akan terjadi apabila rakyat bangkit dengan kemarahan. bangkit menuntut janji.

Oleh itu janji PR bukan janji main-main. Janji Pakatan Rakyat bukan janji yang tidak akan ditepati. Janji PR adalah janji yang akan dikotakan, kerana PR tahu akan kemampuan untuk menyediakan keadilan kepada rakyat. Harta negara adalah harta rakyat, harta negara adalah untuk dinikmati oleh rakyat. Sebab itu kerajaan PR akan menjadi sebuah kerajaan rakyat yang menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.

Negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan adalah paksi pemerinatah PR, disusuli oleh Sabah, Perak, Negeri Sembilan dan akan didokong oleh Pahang,Terengganu dan Johor. Biarlah Melaka dan Sarawak untuk sementara waktu tidak bersama PR.

Natijahnya BN tumbang secara sedar. Walaupun dalam politik, angin perubahan boleh bertukar bila-bila masa.

PR diingatkan jangan sesekali melangkah sumbang.

Dipetik dan disunting daripada blog NewKK

Berkaitan:


Kepada pengunjung yang mempunyai akaun PayPal - sokongan & sumbangan anda walaupun sekecil USD1 amat-amat diperlukan untuk menampung pembayaran sewaan server ... ALHAMDULILLAH, sudah ada yang insan yang dirahmati Allah melakukan sumbangan / infak kepada tabung PayPal ini. Jazakallah... Diharap yang lain-lain akan dapat sama-sama menghulurkan infak agar perjuangan kita ini dapat diteruskan, In Sya Allah.


03.01.13 Sebanykan RM35.81 telah dinfakkan oleh Hamba Allah. Jazakallah.. (Cer baca: Kerana Sedekah Sekupang)

Tabung Kendalian Weblog amat memerlukan sumbangan/infak anda menjelang PRU-13 ini.

Kpd yg ingin melakukan infak: Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .


::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::



Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!

SEBARKAN:
SENARAI SEMAK PENYELEWENGAN DAN PEMBAZIRAN KERAJAAN UMNO/BN

 

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 
Total Views: 1204

Pertanyaan & Iklan: marhaen@gmail.com

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


RUMAH KU KINI RUMAH MU WAJIB SOKONG UMNO YANG ZALIM? 1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK DAFTARLAH - UNDILAH !

IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


PENDAPAT ANDA

Pembangkang jangan wujudkan huru-hara selepas PRU-13
 

TETAMU M@RHAEN

We have 44 guests online

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK KOMEN DI FB 100PLUS


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com