weblog.marhaen.info

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Muka Depan Artikel M@rhaen Bezanya Himpunan PR dan UBN..

Bezanya Himpunan PR dan UBN..

E-mail Print PDF

Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar Stadium bersejarah itu.

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.

Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa. .

Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai unit amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang di ketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina unit amalnya yang berkerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.


(Foto: KBBUT)

Dalam ceramah-ceramah saya di seluruh negara saya melihat unit amal PAS ini merupakan unit yang telah membantu parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan begitu baik dan tersusun semua program yang parti itu laksanakan. Malahan parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang lain (DAP dan PKR) mendapat bantuan yang begitu baik dari unit amal PAS ini. PAS mempunyai prasarana parti yang begitu baik sekali dan tidak ada parti-parti politik lain yang mempunyai satu unit yang khusus untuk menjaga keselamatan serta lalu lintas dalam sebarang perhimpunan, sama ada besar atau kecil.

Timbalan Presiden PAS itu telah memberi jawapan yang sinis kepada tuduhan UMNO yang mengatakan peserta-peserta perhimpunan itu telah dibayar oleh PAS sebanyak RM150 seorang. Tuduhan UMNO itu amat menjelekkan kerana mereka (UMNO) membuat tuduhan melulu kerana mereka ingat penyokong Pakatan itu sama seperti penyokong UMNO yang sentiasa dibayar untuk hadir dalam majlis keramaian anjuran parti yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu.

Jika UMNOlah yang mengumpulkan rakyat seramai itu semalam, tidak salah jika dikatakan mereka (UMNO) terpaksa berbelanja puluhan juta ringgit untuk membekalkan bas dan pengangkutan, karipap-karipap yang tebal-tebal, topi serta baju-T untuk peserta. Sebaliknya PAS dan rakan dalam Pakatan pula dibantu oleh rakyat dengan derma sedikit seorang dari peserta-peserta perhimpunan itu dan telah dapat mengumpulkan wang bantuan dari rakyat dengan jumlah yang mencukupi untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka yang begitu mahal itu. Perhimpunan semalam itu adalah perhimpunan rakyat dan sedikit sebanyak rakyatlah yang membantu membiayai kos perhimpunan itu.

Inilah perbezaan di antara UMNO dengan PAS dan PR. Tidak ada siapa yang menanggung kos perjalanan mereka dari Kedah, Kelantan dan tidak kurang ramainya dari Sabah dan Sarawak. Itulah sebabnya perhimpunan ini kecenderungan mereka untuk kekal menyokong Pakatan adalah besar kerana mereka yang hadir itu ada saham dalam perbelanjaan melaksanakan perhimpunan yang begitu besar dalam sejarah perhimpunan politik negara itu.

Dalam suasana perubahan yang wujud pada hari ini tidak ada jentera kerajaan yang mampu untuk mendekati kemampuan yang boleh dilakukan oleh jentera parti-parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Kalaulah UMNO berniat untuk mengumpulkan seramai ini rakyat UMNO terpaksa menyewa tidak kurang dari lima ke enam ribu buah bas selain van-van dan kenderaan-kenderaan yang lain yang disewa untuk mengangkut peserta perhimpunan mereka.

Saya tetap menyatakan dengan keyakinan yang tinggi yang Pakatan Rakyat tetap mendahului daripada segi sokongan yang ‘legitimate’ rakyat kerana mereka (rakyat) menyertai program anjuran Pakatan Rakyat dengan berbelanja sendiri. Pakatan tidak payah menggunakan anggota keselamatan, agensi-agensi kerajaan serta bebagai-bagai pertubuhan untuk membawa manusia kepada himpunan yang di anjurkannya.

Tidak payah ada penyelia untuk makanan seperti nasi bungkus dan kuih-muih serta minuman untuk peserta seperti lazim dilakukan oleh BN khususnya UMNO. Ia juga tidak payah membawa kumpulan K-Pop dari Korea atau bidadari dari syurga untuk membuatkan orang ramai hadir di perhimpunan mereka semalam.

Semangat yang seperti ini sudah pasti tidak dapat ditanam dalam UMNO kerana segala pergerakan mesti dilancarkan dengan penggunaan wang yang besar. Itulah sebabnya saya selalu menyatakan yang untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang memerintah kita terpaksa berbelanja dengan banyak dan segala perbelanjaan itu ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan.

Ahli-ahli dan pemimpin UMNO hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja. Selepas nyaian itu mereka akan kembali bercakaran dan berusha mengenepikan pengaruh mereka yang berlawanan untuk mendapat tempat khususnya semasa pemilihan calon pilihanraya nanti.

Himpunan rakyat semalam benar-benar merangsangkan semangat pihak yang mahu melakukan perubahan dan keyakinan mereka telah bertambah berganda-ganda dan semangat ini lah yang akan membakar semangat rakyat untuk melakukan perubahan dengan sukarela dan dengan komitment yang tinggi.

Selalunya pihak yang mempunyai semangat sebegini lah yang akan menempa kejayaan, in sya Allah.

- Aspan Alias


Foto: Suara MAP


Foto: The Malaysian Insider


Kepada pengunjung yang mempunyai akaun PayPal - sokongan & sumbangan anda walaupun sekecil USD1 amat-amat diperlukan untuk menampung pembayaran sewaan server dan nama domain yang akan tamat tempoh pada 11 Januari 2013. Baki USD2.87... nak buat APA PUN TAK BOLEH!!


03.01.13 Sebanykan RM35.81 telah dinfakkan oleh Hamba Allah. Jazakallah.. (Cer baca: Kerana Sedekah Sekupang)

Tabung Kendalian Weblog amat memerlukan sumbangan/infak anda menjelang PRU-13 ini.

Kpd yg ingin melakukan infak: Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .


::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::



Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!

SEBARKAN:
SENARAI SEMAK PENYELEWENGAN DAN PEMBAZIRAN KERAJAAN UMNO/BN

 

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 
Total Views: 1524

Pertanyaan & Iklan: marhaen@gmail.com

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


RUMAH KU KINI RUMAH MU WAJIB SOKONG UMNO YANG ZALIM? 1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK DAFTARLAH - UNDILAH !

IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


PENDAPAT ANDA

Pembangkang jangan wujudkan huru-hara selepas PRU-13
 

TETAMU M@RHAEN

We have 18 guests online

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK KOMEN DI FB 100PLUS


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com