weblog.marhaen.info

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Muka Depan Artikel M@rhaen Haramjadah! Scorpene ni urusan G2G!

Haramjadah! Scorpene ni urusan G2G!

E-mail Print PDF

Sudah bertahun-tahun isu pembelian peralatan ketenteraan seperti pembelian kapal selam Scorpene diperkatakan, diperdebatkan, dibicarakan di mahkamah.

Sudah bertimbun-timbun kertas siasatan dan pendakwaan dibawa ke mahkamah, barulah hari ini seorang Timbalan Menteri Pertahanan yang bernama Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, membuka mulut mengatakan segala pembelian ketenteraan hanya melibatkan G2G (Government to Government) tanpa sebarang penglibatkan orang tengah!!

Tak ada Razak Baginda dan tiada Perimekar semua tu. Itu semua adalah karut. Dongeng semata-mata. Apa pun tak bole.. ini urusan G2G!

Timbalan Menteri Pertahahan, mengapalah selama ini kamu diam membisu? Jika kamu bersuara ketika isu pembelian kapal selam mula timbul dulu, kamu telah berjaya menyelamatkan bertimbun-timbun, dan berlori-lori kertas siasatan, menyelamatkan ribuan jam perbicaraan mahkamah yang menelan belanja entah berapa juta ringgit duit Rakyat!

Di mana kamu menghilangkan diri selama ini? Mengapa kamu membiarkan Menteri Pertahanan, Dato Ahmad Zahid Hamidi, bos kamu berhempas pulas dan terkial-kial menangkis dan menjawab pelbagai isu yang berkaitan dengan pembelian peralatan ketenteraan, khusunya pembelian dua bulah kapal selam Scorpene hingga melibatkan pembunuhan seorang warganegara Mongolia.

Kes Altantunya ni nak kamu sembunyikan di mana wahai Dr Abdul Latif? Setiap kali nama Altantuya disebut, kapal selam Scorpene pasti akan timbul.

Mengapalah pendedahan urusniaga pembelian peralatan ketenteraan secara G2G ini tidak langsung dinyatakan atau disentuh oleh Menteri Pertahanan sendiri selama ini.

Apakah selama ini Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak tahu-menahu akan prosedur pembelian secara G2G? Aduhai, si Menteri Zahid Hamidi ni pun bodoh sangat rupa-rupanya.

Timbalanya pulak yang lebih tahu daripada dia... Jika begitu, memanglah Zahid ni jenis Menteri yang tak tau apa-apa. Nasib baiklah Timbalannya tiba-tiba muncul untuk mengharamjadahkan Rakyat demi menyelamatkan tengkok Najib.

PENIPUAN DAN PEMUTARAN FAKTA SECARA BESAR-BESARAN SUDAH BERMULA - BUKTI PILIHAN RAYA SEMAKIN HAMPIR!!


Kementah tidak pernah lantik ‘pihak ketiga’ untuk pembelian peralatan ketenteraan


KUALA LUMPUR, 21 Nov — Kementerian Pertahanan (Kementah) tidak pernah melantik mana-mana "pihak ketiga" untuk sebarang urusan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata timbalan menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di Parlimen hari ini.

Jelas Abdul Latiff, kelengkapan yang dibeli Kementah dilakukan secara terus dengan pembekal antara kerajaan dengan negara lain.

"Kami tidak pernah melantik pihak ketiga dalam pembelian mana-mana kelengkapan sama ada kapal selam, (trak) 8x8, ataupun Sukhoi ... semuanya melalui proses G ke G (kerajaan kepada kerajaan)," kata Abdul Latiff dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat hari ini.

"Dalam sejarah Malaysia, tidak pernah kita melantik mana-mana ejen untuk kelengkapan kita," katanya.

Kementah sering dikritik kerana menggunakan dana awam begitu besar dalam perbelanjaan mereka untuk barangan sama yang dibayar oleh kerajaan lain.

Bagaimanapun, kementerian mempertahankan tindakan mereka dengan berkata perbezaan harga itu disebabkan spesifikasi barangan yang berbeza antara negara lain.

Oleh Mohd Farhan Darwis - The Malaysian Insider - November 21, 2012

Isu Scorpene ‘diputar belit’ untuk burukkan Najib, kata timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad hari ini menegaskan tindakan pembangkang memutar belit fakta berkenaan isu pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis adalah untuk "mencalarkan" imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Mersing itu ketika sesi penggulungan Kementerian Pertahanan di Parlimen hari ini menegaskan, perkara itu diputar belit untuk memberikan gambaran adanya kaitan antara Abdul Razak Baginda, warga Mongolia yang dibunuh, Altantuyaa Sharibu dan Najib (gambar).

"Jelas perkara ini diputar-belitkan untuk menggambarkan kaitan antara Scorpene, Abdul Razak Baginda, Altantuyaa, dan (ahli Parlimen) Pekan.

"Ini semua nak calarkan nama Pekan (Najib) ... (ia) fitnah semata-mata," kata Abdul Latiff.

Oleh Mohd Farhan Darwis - The Malaysian Insider - November 21, 2012

 

Tabung Kendalian Weblog amat memerlukan sumbangan/infak anda menjelang PRU-13 ini.

Kpd yg ingin melakukan infak: Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .


::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::



Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!

SEBARKAN:
SENARAI SEMAK PENYELEWENGAN DAN PEMBAZIRAN KERAJAAN UMNO/BN

 

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 
Total Views: 2292

Pertanyaan & Iklan: marhaen@gmail.com

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


RUMAH KU KINI RUMAH MU WAJIB SOKONG UMNO YANG ZALIM? 1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK DAFTARLAH - UNDILAH !

IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


PENDAPAT ANDA

Pembangkang jangan wujudkan huru-hara selepas PRU-13
 

TETAMU M@RHAEN

We have 62 guests online

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK KOMEN DI FB 100PLUS


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com