weblog.marhaen.info

  • Besarkan saiz font
  • Saiz font 'default'
  • Kecilkan saiz font
Muka Depan Artikel M@rhaen NFC: Polis kuis bola ke kaki AG

NFC: Polis kuis bola ke kaki AG

E-mel Print PDF

Polis mahukan pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah

KUALA LUMPUR, 25 Feb  - Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan.

Penangguhan berkenaan jelas  Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp.

Menurut Tony Pua, Kementerian Kewangan ketika sidang Parlimen lepas menjelaskan tiada peruntukan dalam perjanjian pinjaman itu yang membolehkan NFCorp membeli hartanah.

Awal hari ini, Pua mendedahkan perjanjian pinjaman tersebut, yang mana dakwanya membuktikan syarikat itu telah melanggar syarat perjanjian bernilai RM250 juta.

Sejak pendedahan tersebut dibuat, Shahrizat telah berhadapan dengan tuntutan meletak jawatan termasuk daripada barisan kepimpinan Umno sendiri. Namun beliau enggan melakukan tindakan sedemikian sebaliknya tetap bertegas projek itu tiada kaitan dengan dirinya.

Ketua Wanita Umno itu turut membuat permohonan cuti selama tiga minggu daripada perdana menteri apabila tuduhan rasuah dibongkar. Beliau telah menyambung semula tugasnya sebagai menteri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Putrajaya akan melantik juru audit bebas bagi menyemak dokumen kewangan NFCorp, namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

Oleh Yow Hong Chieh - Malaysian Insider

Berkaitan Lembu-lembu Laki Shahrizat (klik kanan di atas pautan dan buka dalam browser yg berasingan:

 

Ramai yang sudah menerima gaji. Infakkanlah sedikit rezeki pemberian Allah itu bagi menyokong perjuangan Amal Makruf Nahi Mungkar dan dijadikan bekalan kita di sana nanti. Sekiranya tidak diinfakkan sekalipun, Allah mempunyai cara untuk mengambil semula rezeki yang dikurnikanNya.

Anda boleh hulurkan sumbangan / infak anda ke Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . (Alhamdulillah kpd hamba Allah yang telah melakukan infak pada 14.02.2012 yg lalu. Tiada infak yg terlalu kecil atau terlalu besar di sisi Allah. Yg penting keihlasan. Jazakallah khairan khatiraa)

 


::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::



Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 
Total Views: 1033

Pertanyaan & Iklan: marhaen@gmail.com

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK KONDO LEMBU

DAFTARLAH - UNDILAH !


IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


TETAMU M@RHAEN

Ketika ini 72 tetamu sedang melayari Blog M@RHAEN.

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

SiteMeter

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com