weblog.marhaen.info

  • Besarkan saiz font
  • Saiz font 'default'
  • Kecilkan saiz font
Muka Depan Artikel M@rhaen Brahim nak tolong bersih tahi lembu

Brahim nak tolong bersih tahi lembu

E-mel Print PDF

Selepas mempertikai perkenan Tuanku Sultan dalam pelantikan Exco di Selangor, Brahim, Katak Serba Bijaksana ini mempertikaikan pula tugas dan peranan Ketua Audit Negara dalam menyediakan laporan mengenai lembu RM250 juta laki Shahrizat. Hebat sungguh si Katak ni. Semua yang orang lakukan, tidak ada yang betul kecuali dirinya.

PKR: Ibrahim Ali cuba mengugut Ketua Audit

KUALA LUMPUR, 23 Jan  — Pemimpin PKR menyelar kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Ketua Audit Negara membuat kenyataan rasmi bahawa tidak berlakunya kecelaruan dalam Fidlot Nasional Corporation (NFCorp), dan mereka melihatnya sebagai satu intimidasi terhadap Ketua Audit berkenaan.

"Kenyataan itu dilihat sebagai cubaan meletakkan tekanan politik ke atas Ketua Audit Negara," jelas pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider terhadap perkara tersebut yang merupakan isu utama dalam kempen bagi pilihan raya akan datang.

"Ibrahim Ali tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan akaun, jadi dia tidak layak untuk mempersoalkan laporan audit."

Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail yang menjelaskan pejabat ketua audit telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kecelaruan dalam syarikat tersebut.

Tambah Ibrahim, pejabat ketua audit mungkin telah melakukan sedikit kesilapan kerana tidak kesemua kakitangan pejabat terbabit mendapat latihan secukupnya.

Rafizi turut mengkritik Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila menyatakan pemberi maklumat tersebut sebagai "bukan Melayu", dan menurut Rafizi, tindakan tersebut sebagai cubaan yang "rendah dan berbahaya" bagi memuaskan masyarakat Melayu.

"Ini adalah kes penyalahgunaan wang. Ia dilakukan oleh bukan sahaja bukan Melayu, malah Melayu sendiri, serupa sahaja, contohnya seperti kes Perwaja Eric Chia dan PKFZ (Port Klang Free Zone), yang mana PKR turut mengambil tindakan, tambahnya.

NFCorp seharusnya telus perbelanjaan dana kerajaan sekiranya mereka serius mahu membersihkan nama mereka, bukan bertindak berjumpa NGO seperti Perkasa, tambah Rafizi.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut mempersoalkan tindakan NFCorp berjumpa Perkasa, dan beliau melihatnya sebagai pergerakan Umno untuk mendapatkan sokongan bagi mempertahankan Salleh.

"Kenapa NFC berjumpa kumpulan kartun ini? Ini tindakan merepek. Semua itu adalah alasan lapuk," tambahnya.

Zuraida dan Rafizi turut menafikan dakwaan PKR telah membuat pembayaran bagi mendapatkan buku tunai yang diserahkan oleh pemberi maklumat tersebut-seperti dakwaan Ibrahim-buku tersebut diserahkan kepada parti berkenaan selepas Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya "kecelaruan" terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

Pembangkang turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.

Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.

Oleh Yow Hong Chieh - Malaysian Insider


Anda boleh melakukan CARIAN bahan-bahan dalam weblog ini menggunakan kotak carian di bahagian paling atas sebelah kanan. Masukkan kata kunci carian dan tekan <ENTER>.


Kepada anda yang sukar mengakses weblog melalui http://blog.marhaen.info atau yang ingin menerima info/artikel terkini, sila sertai Open Group FaceBook Weblog M@RHAEN .

Anda boleh hulurkan sumbangan / infak anda ke Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . (Alhamdulillah kpd hamba Allah yang telah melakukan infak pada 4.11.2011 yg lalu. Tiada infak yg terlalu kecil atau terlalu besar di sisi Allah. Yg penting keihlasan. Jazakallah khairan khatiraa)


::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::



Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

KEMBALI KE MUKA DEPAN

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 
Total Views: 468

Pertanyaan & Iklan: marhaen@gmail.com

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK KONDO LEMBU

DAFTARLAH - UNDILAH !


IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


TETAMU M@RHAEN

Ketika ini 42 tetamu sedang melayari Blog M@RHAEN.

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

SiteMeter

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com