(BACA INI DAHULU
TERKINI: Updet 19.12.2011 12.20 pagi: Cuepacs akan demo di JPA jika Najib.gagal selesai..
: Cuepacs: K'jaan jangan cari penyakit dengan Penjawat Awam!)
(Semua Penjawat Awam diseru agar patuh kepada keputusan CUEPACS agar TIDAK menandatangai sebarang opsyen sehingga satu keputusan dibuat oleh pimpinan tertinggi CUEPACS. Harap maklum)
14 hari terima opsyen SBPA cukup, kes khas dilanjut masa:
KUALA LUMPUR, 15 Dis — Tempoh dua minggu, yang akan berkuat kuasa esok, bagi 1.4 juta kakitangan awam meneliti dan mempertimbangkan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memadai, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Abu Bakar (gambar bawah) bagaimanapun menjelaskan, pihaknya akan memberi tempoh lanjutan kepada kakitangan dalam kes-kes tertentu.
“Dalam kes-kes tertentu, seseorang kakitangan akan diberi kelonggaran, akan dilanjutkan tempoh, misalnya mereka yang bercuti, ada urusan lain.
“Kami akan memberi lebih masa, dilanjutkan tempoh untuk mereka meneliti opsyen sistem ini,” kata beliau malam tadi.
Justeru kata beliau, berdasarkan siri taklimat yang telah diberi di peringkat persekutuan dan negeri, pihaknya mendapati tempoh dua minggu yang diperuntukkan memang memadai dan mencukupi.
“Saya lihat kebanyakan kakitangan faham, sistem saraan ini membawa penambahbaikan daripada sistem lama,” kata beliau lagi.
“Sebagaimana saya katakan hari itu (minggu lalu), tempoh dua minggu ini sudah cukup,” katanya lagi sambil menjelaskan, siri taklimat peringkat persekutuan sudah selesai dan diteruskan di peringkat negeri.
SBPA yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. Tempoh opsyen menerima SBPA selama dua minggu bermula esok dengan borang berkenaan akan diedarkan hari ini.
Kakitangan awam dikehendaki menerima opsyen menjelang 30 Disember ini iaitu sama ada menerima SBPA ataupun mahu kekal di bawah SSM.
Sistem Saraan Baru (SSB) yang diperkenalkan pada 1992 memberi tempoh 30 hari untuk mempertimbangkan opsyen skim gaji ketika itu.
Kakitangan awam yang masih berada di bawah SSB juga boleh mempertimbangkan ospyen SBPA.
Pekeliling mengenai pelaksanaan SBPA dikeluarkan Rabu lalu.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat pendirian sama ada menerima tawaran skim SBPA ataupun sebaliknya pada satu mesyuarat khas hari ini.
Penilaian prestasi penjawat awam hanya akan diambil kira bermula tahun depan, iaitu apabila penjawat awam memilih untuk menerima SBPA, katanya.
Mari kita jenguk tengok Kia Optima K5 yang serba baru, serba anggun dan pastinya menawan!
Klik untuk melihat imej yg lebih besar.
TERKINI 16.12.2011 : SBPA: Cuepacs jelaskan Ahad ini
SBPA: Cuepacs minta PA sabar dulu...

Klik bebutang merah untuk mengetahui senarai nombor telefon Hotline SBPA
Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011.
Jadual Pemindahan Gaji:
- Pengurusan dan Profesional
- Pelaksana Diploma
- Pelaksana STPM
- Pelaksana SPM
- Pelaksana PMR
- Skim Perkhidmatan Bersepadu
- Skim Bawah SPRM
- Skim Bawah Maritim
Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian ialah :
STRUKTUR GAJI
Jadual Gaji Single Point:
27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
Jadual Gaji Minimum – Maksimum:
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Jadual Gaji Sebaris (JGS):
29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua
Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.
Ramai yang bertanya, mana Lampiran C? Lampiran C hanya diserahkan kepada Pegawai Sumber Manusia (PSM) agensi masing-masing.
Prinsip Pemindahan Gaji
- 32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
- 33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
- 34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
- 35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
- 36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
- 37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
- 38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
- 38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
- 38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
- 39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
- 39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
- 39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
- 39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
- 39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
- 39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

(ditambah pada: 09.12.2011 - 11:25AM)
Mari kita jenguk tengok Kia Optima K5 yang serba baru, serba anggun dan pastinya menawan!
Klik untuk melihat imej yg lebih besar.
TERKINI 16.12.2011 : SBPA: Cuepacs jelaskan Ahad ini
SBPA: Cuepacs minta PA sabar dulu...

Klik bebutang merah untuk mengetahui senarai nombor telefon Hotline SBPA
Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011.
Pergerakan Gaji Tahunan
- 40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.
Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
- 41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
- 42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
- 43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
- 43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
- 43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
- 43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.
Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)
- 44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
- 45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
- 46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.
Mari kita jenguk tengok Kia Optima K5 yang serba baru, serba anggun dan pastinya menawan!
Klik untuk melihat imej yg lebih besar.

TERKINI 16.12.2011 : SBPA: Cuepacs jelaskan Ahad ini
SBPA: Cuepacs minta PA sabar dulu...

Klik bebutang merah untuk mengetahui senarai nombor telefon Hotline SBPA
Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011.
Skala Tanggagaji DG1-1 hingga DG1-6

Skala Tanggagaji DG2-2 hingga DG2-5 (*)
(*) Mungkin terdapat kekeliruan kerana skala gaji sepatutnya untuk DGA32 SSM tetapi angka-angka
yang ditunjukkan adalah berbeza dengan yang sepatutnya. Kami akan cuba membuat semakan semula.
SBPA gaji guru
(Kemaskini 11.12.2011 - 02:20 petangi)
Mari kita jenguk tengok Kia Optima K5 yang serba baru, serba anggun dan pastinya menawan!
Klik untuk melihat imej yg lebih besar.

TERKINI 16.12.2011 : SBPA: Cuepacs jelaskan Ahad ini
SBPA: Cuepacs minta PA sabar dulu...

Klik bebutang merah untuk mengetahui senarai nombor telefon Hotline SBPA
Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011.
Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-
- SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
- SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
- SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
- SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> Sijil politeknik bertaraf STPM
- SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
- SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
- SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)
- Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
- Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
- Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
- Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)
(Tangga gaji dipetik drp posting oleh Ketua Pengarah JPA)
Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.
Muat-turun Pekeliling berkaitan (dibuka dalam .PDF - Adobe Reader)
Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 - Umum
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011 - Guru
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2011 - PDRM
Jadual Pemindahan Gaji jawatan daripada Skim SSM ke SBPA untuk rujukan semua penjawat awam;
- B4(a)- KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- B4(b) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN DIPLOMA
- B4(c) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN STPM
- B4(d) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN SPM
- B4(e) - KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN PMR
- B4(f) - SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU
- B4(g) - SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
- B4(h) - SKIM PERKHIDMATAN DI BAWAH PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN MARITIM
Capaian daripada Agensi berkaitan:
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- MAMPU
- Pejabat Perdana Menteri
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Kerja Raya
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
- Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
- Kementerian Sumber Manusia
- Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Luar Negeri
- Kementerian Belia Dan Sukan
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
- Kementerian Dalam Negeri
- Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi
- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
- Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani [2]
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi
- Kementerian Pelancongan
- Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
- Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
- Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
- Pejabat Perdana Menteri
Mari kita jenguk tengok Kia Optima K5 yang serba baru, serba anggun dan pastinya menawan!
Klik untuk melihat imej yg lebih besar.
TERKINI 16.12.2011 : SBPA: Cuepacs jelaskan Ahad ini
SBPA: Cuepacs minta PA sabar dulu...

Klik bebutang merah untuk mengetahui senarai nombor telefon Hotline SBPA
Hotline SBPA mulai 15 Disember 2011.
Klik untuk info percuma kerana mungkin
anda layak membawa pulang sebuah Nissan Grand Livina!!
Ingin mengetahui model terbaru Samsung - Galaxy Wonderful?
Klik untuk melihat imej yg lebih besar.
Kepada anda yang sukar mengakses weblog melalui http://blog.marhaen.info atau yang ingin menerima info/artikel terkini, sila sertai Open Group FaceBook Weblog M@RHAEN .
Anda boleh hulurkan sumbangan / infak anda ke Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
. (Alhamdulillah kpd hamba Allah yang telah melakukan infak pada 4.11.2011 yg lalu. Tiada infak yg terlalu kecil atau terlalu besar di sisi Allah. Yg penting keihlasan. Jazakallah khairan khatiraa)
::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::

Klik banner demi kesejahteraan generasi kita. Semoga kita tidak meninggalkan DOSA kepada anak-cucu kita!
http://twitter.com/#bloggerpakatan
KEMBALI KE MUKA DEPAN
| < Sebelumnya | Seterusnya > |
|---|














