NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.
“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.
“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.
Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.
Catatan: BN akan menjadikan guru-guru di empat buah negeri 'kubu BN' iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai 'guinea pigs' sistem waktu bekerja 9 jam sehari kerana menjangka guru-guru di negeri-negeri berkenaan umpama 'lembu-lembu fidlot' yang akan meragut apa saja idea umno/BN. Sanggupkah guru-guru di negeri-negeri berkenaan meletakkan martabat diri guru-guru setaraf lembu-lembu fidlot?
Ini jawapan Timbalan Menteri sebagai penyedap hati guru-guru:
Ka Siong: Guru tak perlu risau dasar kerja sembilan jam
ALOR SETAR, 12 Nov — Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.
Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
“Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam kokurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” kata Wee dipetik Bernama Online hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma NUTP Kedah di sini hari ini, Wee (gambar) berkata projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.
“Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.
“Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.
“Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,” kata Wee.
Hashim berkata NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.
Catatan: Siapa sebenarnya yang dah panik? Guru-guru, para menteri atau umno/Barisan Nasional yang bakal kehilangan puluhan ribu atau ratusan ribu undi kepada Pakatan Rakyat? Ingat, terdapat lebih 400,000 guru yang juga mempunyai ahli keluarga yang layak mengundi...
Berkaitan:
- Ratusan ribu guru diperbodoh jua akhirnya...
- Blog: Pelbagai - Kempen Guru Tertindas
- Komen seorang guru yang baru bersara
Kepada anda yang sukar mengakses weblog melalui http://blog.marhaen.info atau yang ingin menerima info/artikel terkini, sila sertai Open Group FaceBook Weblog M@RHAEN .
Anda boleh hulurkan sumbangan / infak anda ke Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
. (Alhamdulillah kpd hamba Allah yang telah melakukan infak pada 4.11.2011 yg lalu. Tiada infak yg terlalu kecil atau terlalu besar di sisi Allah. Yg penting keihlasan. Jazakallah khairan khatiraa)
::::: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ (Road To Putrajaya) :::::
http://twitter.com/#bloggerpakatan
KEMBALI KE MUKA DEPAN
| < Prev | Next > |
|---|















