weblog.marhaen.info

  • Besarkan saiz font
  • Saiz font 'default'
  • Kecilkan saiz font
Muka Depan Artikel M@rhaen Shahrizat layak dapat lembu, PR layak dapat Putrajaya

Shahrizat layak dapat lembu, PR layak dapat Putrajaya

E-mel Print PDF

Shahrizat: Keluarga saya berhak dapat projek lembu

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran Raja'ah oleh artis seni visual veteran, Dr Sulaiman Esa di Balai Seni Visual Negara di ibu negara petang ini.

Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.

Sebaliknya, kata beliau, keluarganya berhak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat.

"...menteri dah jawab, dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik," tambahnya.

"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.

Dalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan.

"Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu, okay," katanya sinis.

- Malaysia Kini

Kepada anda yang sukar mengakses weblog melalui http://blog.marhaen.info atau yang ingin menerima info/artikel terkini, sila sertai Open Group FaceBook Weblog M@RHAEN .

Anda boleh hulurkan sumbangan / infak anda ke Akaun MayBank: 152068773478 (PayPal: Sila gunakan button di kolum kanan) Pertanyaan: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . (Alhamdulillah kpd hamba Allah yang telah melakukan infak pada 4.11.2011 yg lalu. Tiada infak yg terlalu kecil atau terlalu besar di sisi Allah. Yg penting keihlasan. Jazakallah khairan khatiraa)


: Elak bersyubahat dengan FB Grup RTPJ


ARTIKEL-ARTIKEL PILIHAN

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

KEMBALI KE MUKA DEPAN


 

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 
Total Views: 972

Pertanyaan & Iklan: marhaen@gmail.com

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK KONDO LEMBU

DAFTARLAH - UNDILAH !


IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


TETAMU M@RHAEN

Ketika ini 46 tetamu dan 1 ahli sedang melayari Blog M@RHAEN.

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

SiteMeter

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com