weblog.marhaen.info

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Muka Depan Artikel M@rhaen 11.11.11 - tarikh Pilihan Raya Umum ke-13?

11.11.11 - tarikh Pilihan Raya Umum ke-13?

E-mail Print PDF

NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

NONESebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.

Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Skim Rumah Pertamaku

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.

Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

NONEDalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.

"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah," katanya.

Di bawah skim itu, beliau berkata pemaju swasta akan terbabit sebagai projek tanggungjawab sosial korporat mereka, manakala kerajaan akan menyediakan tanah sebagai tapak rumah.

Perdana Menteri juga sempat bermain catur dengan DJ radio Hot FM.

- Malaysia Kini

Kepada anda yang ingin menerima info/artikel terkini, sila sertai Open Group FaceBook Weblog M@RHAEN .

http://twitter.com/#bloggerpakatan

Intisari TVSelangor

 

KEMBALI KE MUKA DEPAN


Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
 

HARI INI KITA TOLAK 1MALAYSIA!


RUMAH KU KINI RUMAH MU WAJIB SOKONG UMNO YANG ZALIM? 1ROSMAH BOLEH BANKRUP 1MALAYSIA! UNDI UMNO/BN, INILAH YANG RAKYAT AKAN DAPAT VIDEO YANG UMNO TAK SUKA TENGOK DAFTARLAH - UNDILAH !

IKLAN BARIS ATAU BANNER
Pertanyaan: marhaen@gmail.com

LOG MASUK

JoomlaWatch 1.2.9

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval

Terjemahan Google


PENDAPAT ANDA

Pembangkang jangan wujudkan huru-hara selepas PRU-13
 

TETAMU M@RHAEN

We have 33 guests online

Kongsi Artikel Ini

Delicious

Iklan & Infak M@RHAEN

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK KOMEN DI FB 100PLUS


Khidmat Komuniti


IKLAN


BLOG M@RHAEN AMAT MEMERLUKAN SUMBANGAN / INFAK ANDA.
Emel: marhaen@gmail.com

Kongsi @ Facebook

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com